Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Mereka mengikuti saya

Friday, October 22, 2010

Still Standing...

Fuhhh..dah lama rasanya blog ni x berhupdate..tuannya sgt la mls..mls sesangat..konon mcm buzy sgt..tp hakikatnya tidaklah buzy..tuannya hanya mampu berblogwalking..walaupun banyak benda nk ditulis tp penyakit M mengatasi segalanya..

saya masih lagi belomm meletop..huhu..masih menghitung hari..berdebar2..sempat lagi mengidam itu dan ini..dan yg terbaru saya teringin sgt nk makan serawa (pengat) labu (akibat tgk dlm majalah jelita ke keluarga..saya pun dah lupa)....huhu..insyaallah mlm ni bleh mkn..nk yg mak wat..nasib baek mak ada di KL ni ha..kalo x kempunan cek nk mkn..huhu..

sekarang ni doc dh bg MC..dok melangut kat umah ja la..dh beberapa kali diserang sakit (mungkin BH) yg agak kerap..tp tidak konsisten..saya di nasihatkan berehat saja dirumah..memandangkan tempat kerja dgn rumah amat jauh jaraknya, jd semu org menasihati saya supaya duduk diam2 di rumah suda..kang sakit time tgh drive, kena plak time tu jln jem...ha...haru biru jdnya..

semlm cek up utk 38minggu..semua baik2 saja..air ketuban cukup, denyutan jantung baby ok..baby dah 3kg..owh..jgn la terlalu besar yer baby..nanti mama xlarat nk push kamu..huhu..sekarang ni doc hanya suruh observe ja pergerakan baby dan tanda2 nkbersalin..kalo ada tanda dan sakit cepat2 la ke hospital..


baby konpius ke nk kuar bila?...huhu..jgn la cmtu..baby yg sama due date ngn kamu dh kuar tau pg td..huhu..

Monday, October 11, 2010

10.10.10

Apa kena mengena tarikh ini dengan saya?..huhu..xdak per pun..cuma ada sesuatu yg agak mencemaskan telah berlaku..apabila aku tiba2 sakit..sakit yg xdapat nak di describekan dengan kata2 biasa..hehe..

seawal pg aku terlalu rajin..huhu..terasa seperti mahu mkn spaghetti yg dimasak sendiri..jd pepagi buta dah memulakan tugas utk memasak..kol 10.30pg spaghetti dah siap ok..huhu..bila sudah mengemas dapur pinggangku mula sakit..owh..sakit teramat..tp still boleh tahan lg..en.suami pergi cuci kereta..terbaringlah si isteri di sofa..sementara menunggu tukang urut balik..bila en.suami dah balik suruh dia urut mcm doctor ajar masa g kelas antenatal..kurang skit rasa sakit tu..

lain plak critanya bila tiba waktu petang..huhu..sakit seperti senggugut pula menyerang..seperti biasa masih boleh bertahan lagi..sakit dr belakang yg membawa ke depan..en.suami siap bg kertas ngn pen..catit waktu sakit tu..nk tgk sekata ke x..mmg cuak laki aku..hehe..tp saya still boleh tahan lg..owh, waktu tu aku ingat anak aku nk kuar 10.10.10 ke?...bersediakah aku..owh..mcm2 perasaan bermain difikiran..rasa mcm nk telepon mak dikampung..tp kalo ckp sakit cmtu tetiba pg esok mak ngn abah dah tercongok dah sampai KL..tetiba saya xterbesalin jugak..huhu..wat ponek ja..

en.suami dah nk bawak isteri dia ke hospital..owh..tidak..saya rasa belum masanya..masih boleh bertahan lg..lepas maghrib terus baca surah Maryam..mak pesan kena selalu baca surah Maryam ni bg senang bersalin..smlm masa nk tido still sakit skit2 lg..sakit belakangggggg...en.suami xbg saya pergi ofis hari ini..risau takut sakit tengah jalan..yer la..ofis kan jauh..kalo jem bleh mkn masa 2jam kau..so, saya pun dengar la nasihat suami..

mak ckp skang ni jgn byk tido..bykkan jalan..bagi jln cepat terbuka..owh..rumahku bukanlah sebesar istana yg dpt memenatkan kaki bila berjalan..kat mana saya nk berjalan?..ermmm..terus rajinkan diri masak, sapu sampah (walaupun ada vakum), lipat kain, kemas peti ais, cuci bilik air..amek kau..jgn tiso kan..huhu..bila ptg cenggini dah rasa cm nk pengsan plak..penat..hehe...

p/s: doakan yg terbaik untuk saya..

Saturday, October 2, 2010

Ada Apa Dengan Oktober....

Wahhhh...entry kali ni..bukan ada apa dengan cinta yer...ada apa dengan oktober?....
huhu..perasan mula x tentu arah bila masuk bulan oktober ni...
mcm2 rasa ada..seroooonokkk....excited...takoootttt...gerrrrunnn...xsaaabar....huh..mcm2 la pendek crita..

ini adalah kerana:

i. 12 Oktober : My birthday...yeay..dah nk suku abad dah..(en.suami, hadiah pe taun ni?...)ada candle light dinner ke?...huhu

ii. 20 Oktober : My Hubby birthday...yeay..en.suami pun nk suku abad jugak..(taun ni xder hadiah ek....)ermmm..ehhhh...ada la hadiah..tgu ujung bulan ek...

iii. 30 Oktober : Owh...ini yg sebenarnya paling xsabar tp paling serammm...tp excited..xtau nk ckp la..My EDD..ohhh..baby nk kuar ari ni ke?..tarikh inilah yg diramalkan oleh doc. bahawa saya akan melahirkan seorang lagi khalifah Allah ke muka bumi ini..huhu..so, my en.suami inilah the big2 hadiah for u...

itulah kisah di bulan oktober..InsyaAllah taun dengan mak bapak dan anaknya sekali celebrate birthday sesame...yeay...

p/s: doakan semua yg terbaik untuk saya...

Friday, October 1, 2010

Kelas Antenatal...Hospital Serdang..

30.9.2010..
Baru tercari2 nk ke kelas antenatal..dah nk masuk 36minggu baru terhegeh-hegeh..masa doc. tu tanya dah bape minggu, slow je jwb..hehe..takoott..cam last minute jerk..hehe..yg dua lg couple tu, 31&32 minggu...tp pewot den yg paling tecik..xnampak..huhu...sesi kelas ni 1jam je..tertanya-tanya jugak, saipa 1 jam je..sbb slalu tgk kat tempat lain sampai 1 ari..erm..patut la sejam, dia just ajar teknik2 nk bersalin je..kalo utk breastfeed sume ari lain plak..bagus sgt kelas ni sebenarnya..sbb apa yg kita baca xsama dengan apa yg kita dengar dan praktikkan..kat kelas tu siap kena praktikkan skali apa yg dia ajar tu..ari tu just 3 couple je so, mmg senang la doc. tu nk bg perhatian setiap sorg..nk bertanya pun x la malu sgt..

Berikut adalah apa yg nani dpt dr kelas hari tu:

1. Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:

a. Early labour breathing (mula rase sakit/ start contraction)
Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut..masa menghembus lebih panjang..

b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan.
Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.

c. Second stage breathing
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..tahan nafas, dekatkan dagu ke dada dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk kedalam semula.

2. Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahitan bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan dimana saja (org bukan tau pun kte tgh wat senaman kegel ni... huhuhu...). Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya..yg ni baik juga untuk suami..sbb skrang ramai yg kena kanser prostat, senaman ini dpt menguragkan risiko..

Amalan yg dpt Nani senaraikan melalui pembacaan dan mengalaman kawan2..

1. Amalan membaca surah Maryam
Amalkan membaca surah Maryam terutama sekali apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin. Kisah Maryam melahiran Nabi Isa dalam Surah Maryam Ayat 23-26.

2. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk
Ada orang tua-tua berpesan supaya jangan amalkan minuman sejuk kerana dikuatiri akan menjadi lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran. Kwan2 nani juga kata, minum byk ais dihujung kehamilan boleh membuatkan baby besar..nnt xlarat nk push..xtahu la betol ke x..huhu..

3. Makan secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan kita mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana kurma boleh bagi tenaga kepada badan. Siti Maryam pun di saat melahirkan Nabi Isa cuma makan beberapa biji kurma dan Beliau mudah melahirkan dgn izinNya.

PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION
(BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)

1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia. huhu..time cenggini boleh la fokus..takut time sakit abeh semua petua dan ilmu ilang..mintak dijauhkan la..huhu..

3. Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dalam2 melalui hidung dan lepas melalui mulut.

4. Banyakkan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”.
dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”mak nani ckp ayat ni amalkan selalu..even belum sakit lg pun..

PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI(proses meneran tuk kluarkan baby)

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan
seorg khalifah Allah ke dunia...akan ku usahakan..

2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran..maknanya meneran bila ada contraction sahaja..kalo xda contraction jgn teran..sbb nnt penat je..bby xkuar pun..

3. Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali... Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran...

4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa).. Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)..ingat ye para suami..

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, tahan nafas dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..)dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

p/s(i):yg paling nani suka bila doc. tu ajar para suami gosok belakang isteri untuk ilangkan rasa sakit contraction..doc. tu ckp urutan ni boleh di apply bila bukaan belum lg maksimum, tp kita dah rasa mcm nk meneran..so, masa ni xbleh meneran lg..jd si isteri diminta untuk mengiring (xkisah la ke kiri ke kanan ke, asalkan selesa)..ok lepas tu si suami buat urutan membulat (huhu...circle) pada tulang tongkeng (betol ke aku ckp ni)..hehe..paham2 la sendirik..urutan itu naik sampai ke tulang belakang..doc. suruh practise dr sekarang..mmg sedap pun urutan ni..sakit pinggang pun ilang..

p/s(ii): masa kelas ni jugak doc. ajarkan senaman yg boleh dilakukan untuk melatih diri supaya kita lebih relaxxx...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...