Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Mereka mengikuti saya

Tuesday, March 29, 2011

Perkembangan Bayi Semasa Usia 5 Bulan

Just nak share info perkambangan bayi semasa usia 5 bulan..jom kita cek perkembangan anak kita.. Duduk dengan sendiri Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika di ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga mungkin akan duduk seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya. (Yang ni mmg Aqeef teror..suma benda nk masuk dlm mulut..idung mama pun dia nk aumm) Mengulangi bunyi yang disukainya Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan “tidak” dan “kenapa” akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan.(Lagu yang paling Aqeef suka sekarang-Hadad Alwi [satu bintang]..pasang lagu ni terus dia boleh terus tido..lagi satu mesti la lagu Barney [i love u, u love me, we are happy family.....]mmg dia suka) Cukup kuat untuk makan sendiri Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduk sendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan. (mmg kat umah pengasuh dia pegang botol sendiri..tp dgn pengawasan la) Belajar mengenai sebab dan akibat Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah.(setakat ni xpenah la lagi baling-baling barang..suma masuk mulut..xder nye nk baling) Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya. Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut. (pandai main pick-a-boo ngn abah dia je..gelak sampai mengekek2..) Mempertajamkan deria terhadap bunyi Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus. Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti “m” dan “b”. Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain. (mmg pandai pusing cari benda bunyi..tgh menyusu pun bleh terberenti bila dgr sora abah dia..walaupun abah dia nyanyi xshedhapp) Mudah mengalihkan perhatian Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya. (dh pandai wat perangai dh kat shopping complex..mgu lepas g OU xnak dok lama2..kalo stay satu tempat lama2 dia jemu..bwk jln2 terus senyap..huhu..jgn harap la mama nk berborak lama2 ngn kawan2 mama lama2 lepas ni) Perkembangan pelbagai emosi Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah. Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga. Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka. (owh..yg ni la paling ketara..kalo dulu tinggal sorg2 pun xkisah..sekarang jgn harap la..mama baru bangun nk g dapur terus uwaaa..huhu..pastu bila dh lama duduk dh pandai angkat tangat suruh angkat..bila org sua tangan nk dukung dia, terus melompat2..huhu..melompat adalah hobi Aqeef sekarang ni..mmg menguji kekuatan tangan..) Adakah bayi saya berkembang secara normal? Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu. Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan perkembangan bayi anda, sila rujuk doktor anda.

ni bukan la Aqeef..tp mama dia xsabar tunggu Aqeef 6bulan..nk bg mamam..
Sumber adalah daripada BabyCenter.

Sunday, March 27, 2011

Aquaria...26 Mac 2011..

Semalam en.suami tetiba ajak ke Aquaria..memula plan nk ke Bukit Tinggi..tp rasa cm dh tgh ari..cm xseswai nk ke sana..kalo nk ke sana biar la pepagi kan..jd ke Aquaria je la nampak gayanya..sblum pegi en.suami tanya Aqeef faham ke nk tgk ikan tu?..mama dia jawab..Kalo Aqeef xfaham, mama dia paham...hehe..nmpak sgt mama Aqeef yg nk pegi sebenarnya..dr pregnan kan Aqeef lg nk g sana..tp xkesampaian..jd kali ni xnak lepaskan peluang bila dh ada org offer..dok pk xramai org la kan sbb dh lepas cuti sekolah..huhu..ramai org jugak rupanya..siap ada rombongan sekolah..Aqeef seperti yg dijangka..dia akan menjadi begitu fokus skali apabila melihat benda yg bergerak..ikan-ikan tu dok berenang dlm air, dia xberkelip mata tgk..nani ajak kakak nani skali pegi..baru best g reramai..


posing jap sementara tgu piranha feeding time..


mama dh penat dukung Aqeef..pass kat abah plak..


my sister's family..



shark...


my lovely heroes..


my happy family...


terkesima..


excited..


eeee..apa ni abah?...


xtakut la..geli je..ekekekeke...


dressing suma dh cantik..tetiba..tgk kaki pakai selipar la plak..aduh..cmna boleh terlupa ni..dh sampai separuh jln baru sedar pakai seliar downtown 15 hengget..hahha..blasah ja la..kasut cantik dlm keta..

jenjalan kat KLCC + makan-makan sampai lepas maghrib baru balik...sampai KLCC tutup lampu la..kan semalam earth hour..hurm..lepas anta my sister kitorg ke Cititel Midvalley pulak..jumpa my friend..nk tgk baby dia..Adam Rayyan..tomei..mata mcm maknya..nk bukak pun segan2..huhu..kol 11.30 baru sampai umah..Aqeef tido dr dlm keta sampai keumah sampai ke pagi..cian dia..penat sgt..



gatal gusi ke syg..slalu wat cmni..


dok perati pa tu?...

Thursday, March 24, 2011

Hari ini dlm Sejarah...

Hamboi tajuk...cm nk belajar sejarah...hehe..Hari ni Aqeef kena cucuk...5 bulan..Alhamdulillah..xnangis pun..terkrjut jugak..dia rilek ja..tp sedih jugak la..sbb berat dia xnaik byk..5.9kg..apa-apa pun syukur sbb at least naik kan..

lepas g cucuk kami ke Alamanda..tujuannya nk beli pampers Aqeef..apa yg menariknya, buat pertama kalinya Aqeef tertido sendiri dlm stroller..sungguh menakjubkan..hehe..kalo sblum ni jgn harap la..tp kali ni dok gelak2 pastu jln2 tgk2 dh tido..ish..penat sgt la tu..sbb sblum tu g opis abah dia..dh tawaf satu ofis..penat sgt la tu..



tertido dia...




sian anak mama....




penat sgt ni..

Cuti Sekolah...Balik Kampung..

Buweeekkk..crita dh basi..hehe..mmg slalu cmtu..slalu tertinggal keretapi..org dh seminggu bukak sekolah, saya baru terhegeh-hegeh nk bercerita pasal cuti sekolah...hehe..xpe la..nk wat cmna..dh nama pun ada anak..mmg xsempat nk update selalu..

Ok la..cuti sekolah yg lepas nani balik kampung sbbnya sepupu kawen..alhamdulillah sepanjang perjalanan Aqeef behave..cuma on da way balik KL je dia aktif skit...asyik nk melompat ja..mmg mencabar kekuatan tangan...



hang ni pasai pa Aqeef?...(gaya cakap Ameena dgn loghat utara yg pekat)..




Aqeef cm dh ok skit..




dh bleh senyum dh...




Aqeef melompat sampai Atok pun penat...




kalo g kenduri kawen mesti la ada gambar dgn pengantin..

Monday, March 21, 2011

Sangat suka....

Semalam pegi ke baby Clearance sale..kat hotel sri petaling...yeaaa..suka..sbb dh beli tummy tube..jd xde la malu kucing, segan2 silu nk BF Aqeef..dh boleh cover la pewot buncit i ni..hehe..

dah lama dok ngidam nk beli..tp xsempat nk ke Fabulous Mom yg kat puchong tu..dekat je..tp besa la..bz sentiasa la katakan..bila smlm ternampak terus la beli kan..

lg 1..nursing bra yg paling best semestinya la Fabulous mom punya..mmg puas hati..sgt jatuh hati dgnnya..brand Autumnz pun nani ada..tp xbest..pakai dok umah ja..xslesa nk pakai keluar..tp inner nani beli Autumnz punyer..baru je beli ari sabtu ari tu kat one baby world..ari sabtu jugak nani g Motherhood expo..xbest..huhu..xdak yg menarik..kena tgu bulan 5 plak..

ini la tummy tube yg i ckp tu..

Thursday, March 10, 2011

Takziah..

Dah lama nk post entry ni..tp asyik tertangguh ja..banyak sgt halangan..balik keja dh dok berkesah si Baby Aqeef plak..mmg xsempat nk wat apa la..sampai umah, amek Aqeef, masak, mandi, solat, makan, Aqeef pun menangis nk tido..jd mama dia pun akan bersama-sama la tido..hehe..eh..dh lari jauh dr tujuan asal..

sebenarnya nani nk ucap takziah pada Nadya sbb baru saja kehilangan sesuatu yg amat berharga..nani agak terkejut jugak bila dpt tau pasal ni..tp bila nani baca semua entry nadya, apa yg nani dpt rasa kan yg nadya seorg yg sangat tabah, kuat..nani kagum dgn nadya..nani mmg dh lama jd silent reader blog nadya..dr kisah nadya kehilangan adiknya..nadya mmg seorg yg kuat semangat..semoga nadya lebih kuat menghadapi segala ujian darinyaNya..sesuatu yg terjadi pasti ada hikmah..betul la kata nadya..bidadari syurga..dia tunggu nadya di sana..

Sunday, March 6, 2011

Yg mana korang rasa photogenik..ke photogedik..huhu

minta jasa baik kawan2 untuk membuat pilihan antara gambar2 Baby Aqeef kat bawah yg mana paling korang suka..

1.


2.


3.


4.


p/s: tolong saya pilih ye..tau yg mana satu..konon2 nk masuk contest la ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...