Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Mereka mengikuti saya

Sunday, June 27, 2010

Hobi Terbaru...

Huhuhu..kami laki bini ada hobi terbaru..bes wooo..jatuh cinta aku dengan hobi ni...nak tau pe bendanya tu?...hehehe..mereng tol laki bini ni..

:

:

:

:

:

:

:

:

:



ni la hobi terbaru kami..main dart..hehe..sanggup beli papan dart ni tampal kat dinding..murah je..RM27 hengget..

en.suami ni kalo dulu nani suruh paku dinding nk gantung gambar kawen dia ckp xpayah la..umah sewa..nnti berlubang2 dinding ni..huh..papan dart sanggup plak dia tebuk lubang tuh..eee..xadil..tp xpa la..best gak men dart ni..semlm dah kol 1.30 pg laki bini ni xtido lagi sbb dok lawan dart..memasing nk tujuk kehebatan walaupun hampeh..penat jugak mendart ni..kuar peluh la...bagus2..baik utk kesihatan..

lepas ni kalo tension2 kat opis balik umah tuju ke papan dart la nk ilangkan tension..ok gak tu kan..ok la..jom la reramai main dart..huhu..

Saturday, June 26, 2010

PERSEDIAAN KEIBUBAPAAN : PART I

Just want to share..pg td saja je google pasal keibubapaan..terjumpa la plak article ni..menarik..SELAMAT MEMBACA & SELAMAT BERAMAL..

A) PERSEDIAAN KEROHANIAN

Objektif :

Menanamkan ketahanan mental, fizikal dan kawalan emosi.

Melahirkan anak-anak yang sihat, soleh dan cemerlang.

Aktiviti :

1. Sujud Syukur, Kerana Anak Itu Aset Yang Amat Berharga.

Anak adalah amanah dan tanggungjawab kepada kedua ibubapa.

Firman Allah dalam surah Al-Tahrim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka”

Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:

Maksudnya : “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya” (Riwayat Bukhari)

2.Mengamalkan Solat Hajat.

3.Mengamalkan Membaca Surah-Surah Tertentu Seperti Membaca Surah Luqman, Surah Yusuf dan Surah Maryam.

4.Mengamalkan Doa-Doa Yang Ma’thur :

Surah Ibrahim ayat 40:

Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”.

Mengamalkan doa-doa:

Doa Kanzul `Arsy

Doa Ukasyah

Doa Haikal

Doa ketika ingin melahirkan anak.

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran, zikir dan doa seperti Ayat kursi, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

5. Sentiasa Bertaubat, Beristigfar Dengan Bersolat Taubat.

Ketika sedang hamil, suami isteri digalakkan sentiasa beristigfar (memohon ampun) terutama setiap kali selepas solat fardhu. Selain itu, Solat Taubat, Solat Tahajjud dan Solat Hajat juga hendaklah diamalkan supaya pasangan itu sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci imannya.

Firman Allah Taala dalam surah Nuh ayat 10-12:

Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan

menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu

sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.

6.Mambaca Zikrullah ( Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil )

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Dua kalimah yang disukai oleh Allah dan ringan diucapkan pada lidah namun berat pada timbangan iaitulah kalimah Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azimi” Muttafaqun A’laih

7. Memperbanyakkan Selawat

Pasangan suami isteris dituntut dan digalakkan supaya sentiasa memperbanyakkan selawat ke ataas Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash r.a. :

Maksudnya : “Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah s.w.t. akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. Riwayat Muslim

8. Menghadiri Majlis Ilmu Dan Majlis Berbentuk Kebajikan

Bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sayugia digalakkan pasangan suami isteri menghadiri majlis-majlis agama seperti ceramah agama, kuliah-kuliah, kelas takmir, forum, usrah, tazkirah, seminar dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya : “Sesiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga.Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

Maksudnya : “Barangsiapa yang keluar (dari rumahnya) bagi tujuan menuntut ilmu (yang baik) maka sesungguhnya ia berada di jalan Allah sehinggalah ia kembali.

9. Menjauhkan Diri Daripada Majlis-Majlis Yang Berunsur Maksiat Dan Mungkar.

Semasa isteri sedang mengandung, ia merupakan waktu yang amat sensitif bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, tempat perjudian, funfair, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan (mempersatukan) umatku atas kesesatan. Kekuasaan dan rahmat Allah pastilah berada pada orang-orang yang berkumpul untuk

kebaikan. Barangsiapa yang menyendiri (memisahkan diri dari kumpulan yang baik) maka ia akan terpencil di dalam neraka”. Riwayat At-Tirmizi

10.Membaca Buku-Buku Doa Dan Kisah Teladan Seperti Lelaki Soleh Dan Wanita Solehah.

Firman Allah Taala dalam surah Yusuf ayat 111:

Maksudnya : “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung di

dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”.

11. Menjauhi Diri Dari Membaca Dan Menonton Bahan-Bahan Negatif Dan Lucah Seperti Majalah-Majalah Hiburan, Filem-Filem Dan Sebagainya.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30:

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara

kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka ke

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya : “Telah ditulis ke atas anak Adam itu bahagiannya daripada zina yang tidak mustahil berlaku ke atasnya iaitu :

Zina kedua biji mata ialah memandang benda-benda yang haram.

Zina kedau telinga ialah mendengar benda-benda yang haram.

Zina lidah ialah berkata-kata kalimah yang tidak baik.

Zina tangan ialah melakukan kezaliman.

Zina kaki ialah melangkah ke tempat maksiat

Zina hati ialah keinginan yang melampau dan banyak angan-angan.

Kemuncak zina ialah melakukan perbuatan zina dengan kemaluan yang dihukumkan had zina ke atasnya”

12. Menggunakan Kata-Kata Atau Perkataan Yang Positif.

Isteri yang hamil dan suaminya hendaklah mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik.

Firman Allah Taala di dalm surah Al-Baqarah ayat 263:

Maksudnya : “(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan

perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar”.

Perkataan yang positif dan baik ini amat perlu dalam menjaga perasaan dan hubungan pasangan. Selain itu, perkataan-perkataan yang baik juga merupakan doa dan dorongan yang memberikan

perangsang.

13. Menjauhkan Perkataan Yang Negatif

Isteri yang hamil dan suaminya juga hendaklah meninggalkan kata-kata yang negatf.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 19 :

Maksudnya : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.

14. Halawah Muhasabah.

Ia lebih merupakan perbincangan antara suami isteri seperti menceritakan kelemahan masing-masing dan tegur-menegur di dalam perkara-perkara yang boleh mejejaskan keharmonian rumahtangga

Ni baru PART I..ada lagi PART II & III yg akan diupdate kemudian..

Source of this article, please click here..

Thursday, June 24, 2010

SENTUHANMU

Sentuhanmu -- INTEAM

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Best sgt dengar lagu ni...kalo kat ofis tu tiap2 ari pasang..dengar sampai muntah..hehe..lagu ni ditujukan khas buat yg paling istimewa dlm hati kami adik beradik..
:
:
:
:
:
:
:


Our beloved dad...ABDUL GHANI B. HJ HARUN


Tuesday, June 22, 2010

Fiedah&Ayien Reception at KGPA..

Selamat Pengantin Baru Fiedah & Ayien..
Semoga kekal hingga akhir hayat..


cantik..tp kamera cabok..mmg xberkualiti..



maya n nani, fiedah's friends..

pengantin yg kepenatan..


maya n nani again..

me yg booolat wit my hubby..

huhu..sgt booolat..

Friday, June 18, 2010

nak cenggini boleh?...

Teringin nak tengok keadaan sepeti gambar di bawah..tp bleh ke?..tanya kawan2 xder pun mengalami keadaan seperti ini..huhu..kulit tebal agaknya..kalo dpt cmni mesti comel ka..huhuhu...ape?.....tengok la bawah.......

:
:





:
:




:
:





:
:


TARAAAAA....




akan terjadikah?..dah la lemak diperut ni sgt degil dan tebal..boleh berangan je la kot..hihihi..

20 weeks check up...

Sepatutnya esok the actual date for check up..tp risau plak takut ari sabtu dr.rahaya tu xder..so, pg la ari ni..erm..dh la kuar ofis dh dekat pukul 1...kuar2 jem teruk plak kat jln duta tu..huh..sabar je la..klinik kol 3 sh nk tutup..xabeh2 berdoa bg sempat..kalo x rugi je balik..kad merah plak tinggal kat umah..kena balik umah dulu la amek kad tu..hurm..macam2...lepas ni my hubby soh simpan je kad tu dlm keta..senang..

nasib baik la sempat sampai klinik tu..tu pun dh 2.30..xpe janji belum kol 3 kan..hehe..org pun xramai time tu..ada 2 org je..alhamdulillah..xpayah tgu lama2..

sampai je terus daftar dan terus amek urine..erm...bila nk amek berat risau sgt rasa..ntah bape kilo la naik ni..dok agak naik dlm 4kilo kot..sbbnya mkn banyak sgt lately ni..cepat sgt lapar..nk ngunyah je..tp nasib baik la naik 2kilo je..maknanya sama la dgn bulan lepas..naik 2kilo je..fuhhh..lega..

bila masuk jumpa doc, dia tanya cmne baby gerak ok ke?..ewah..dengan bangganya jawab ok docter..hehe..happy sbb dh rasa pergerakan baby..dh nk masuk minggu ke-20 baru dpt rasa..tu yg excited tu..pastu doc tunjuk result darah yg diambil bulan lepas..result sume ok..Hb pun ok..11.2..alhamdulillah..takut kurang dr 10..doc ckp xbleh kurang 10..11-12 tu kira normal..baek..

saat ditunggu2 telah tiba..nk scan..huhu..gumbira..xsabar nk tgk baby tu tgh watpe kan..erm..jantung baby ok..perkembangan baby sume ok..berat+ukuran normal mengikut usia..erm..tp jantina still xnampak jugak..doc ckp bulan depan..xpe la..dia xnk tunjuk la tu..

ingat itu je untuk kali ni..tetiba doc ckp "ok , hari ni awak amek untuk kancing gigi ye..kita cucuk skit.."ha?..nk cucuk?..uwaaa..takut..baru je ckp kat en.suami dengan konfidennye ckp cucuk mesti bulan depan..tetiba kena hari ni..huhu..takoooooottttt...ermm..demi baby ni mummy sanggup..huhu..doc ckp nnt tanagn rasa lenguh2 skit..pastu tanya balik lama ke rasa lenguh tu?..kao bernasib baik 3 hari je, tp kalo x ada la dlm 5 hari..huhu..tuluuunnnn...redha je la...

pe pun sgt gembira sbb semuanya sihat dan selamat..baby sihat dan mummy dia lggggg la sihat..hehehe...tetiba kan rasa cam nk beli je mesin scan tu..ari2 nk scan..nk tgk dia watpe la kat dlm tu..mai dah dok berangan yg bukan2..hehe..

Wednesday, June 16, 2010

Sakit hati..

geram tau..masa org tgh edit2 ckp cantik..bila org dh save sume lain plak ckp..huhu..sakit ati..sabar..esok akan ku ubah balik..

Monday, June 14, 2010

Fidah & Ayien Wedding...

Sunday (13 June 2010)

Inilah sebabnya kenapa bergegas balik ke kampung selepas ke Kelantan..my x-roomate masa diploma kat UiTM Merbok bakal menjadi raja sehari..so, ari ahad tu pergi la ke kulim..sampai ke rumah kenduri agak lewat..dekat 3.30 rasanya..xpe..kalo g kenduri kawan2 ni elok g lewat2 skit..baru bleh bersembang ngn pengantin..bergambar dan bergila2 bersama..kalo g awal2 pengantin busy..

sangat shantek sekali pn.nurafidah pd ari itu..teruja saya melihat anda...pada masa yg sama juga sempat berjumpa dgn x-roomate yg lain..wah..mcm reunion..jumpa kierah dan elia..marya xsempat nk jumpa sbb nani sampai lewat sgt..hubby dia dh kalut nk balik..erm..xpe bukan nani yg paling lewat..huu..pn.faza yg paling lewat..pukul 5 lebih baru dia sampai..sanggup ku tunggu..sbb dh lama xjumpa..nk tgk jugak rupe mak buyung sorg neh...hehe..pn.faza pregnen 6 bulan..tp perut xnmpak langsung..perut saya lagi besar...yeaa...sayalah juara...hehe...

Di bawah ada beberapa keping gambar yg sempat di snap guna kamera cabukku...sbb gambar yg lain sume pakai khidmat poyographer...fidah pun amek poyographer yg sama sewaktu saya kawen dulu..byexura...



canteeekk sangat..kualiti gambar amat tidak memuaskan..maklumlah..kamera cabuk je..


pengantin laki menghilangkan diri..huhu


ni la x-roomate ku yg gila2..hadapan: elia..kiri: kierah..


yg baju hijau tu la mak buyong lagi sorang..sangat nampak seperti tidak mengandung..huhu

Kelantan oh Kelantan...

Ujung minggu yg lalu nani dan en.suami ke kelantan..mmg mencabar tol keputusan untuk ke kelantan ni..mula2 jd..pastu xjd..tiba2 jd balik..huhu..en.suami jd serba salah..antara kenduri opismate dia dengan isteri kesayangan beliau yg dlm keadaan mengandung ni..erm..si isteri hanya menurut..apa saja keputusan yg dibuat akan dituruti..sebenarnya teringin jugak nk g kelantan..sbb mmg xpenah g pun..tp dlm masa yg sama takut pun ada jugak..sbb byk dgr cite jln ke kelantan bahaya..itupun setelah en.suami berjanji utk pandu dgn berhati2 dan perlahan..bleh caya ke?...erm..

pada hari jumaat kami pun bertolak ke kelantan seawal 7 pg kuar dr rumah..tp byk pulak tempat persinggahannya..berenti umah kakak kat ampang amek barang yg dipesan oleh adik nani di kampung..erm..kol 8 pun dok kat ampang lg..pastu cari kedai la nk sarapan..ibu mengandung ni xbleh lmbat skit bekfes..nnt mula la..huhu..erm..lebih kurang pukul 9 baru bertolak...jalan agak lancar..sampai kat genting sempah terasa nk terkucil plak..huhu..org mengandung mmg cenggini..so en.suami pun berenti la kat petronas genting sempah tu..Ya Allah..ramai nya sedang beratur nk masuk tandas..huhu..kalo aku bleh tahan mmg ku tahan..tp apakan daya..lebih kurang 10 org manusia lagi yg sedang menunggu giliran di hadapanku..huhu..dekat setengah jam jugak beratur..xpe la..janji boleh lepaskan hajat..

selepas selesai kami pun meneruskan perjalanan..huaaaaaaaaaaaa....jauhnya...balik Baling lagi dekat...jam dah menunjukkan pukul 1..ermm..perutku sudah lapar..hehehe..suruh hubby berenti jugak kat hentian gua musang..ya Allah..ramai org jugak..kena berdiri lama nk tunggu ada meja kosong..xpe...sanggup..lapar punya pasal..org sgt ramai sbb cuti sekolah..lagi satu sebab yg menyumbang adalah kerana waktu itu adalah sedang berlangsungnya Muktamar Pas di Kelantan...erm..patut la...

Sampai di Kota Bharu..tepat 5ptg kami pun check in di Dynasti Inn..nasib baik dh reserved..kalo x mmg kena tido kat hotel mulimin&muslimat la (masjid)...huhu..terus masuk bilik rehat kan diri..huhu..mmg penat..lepas mandi & solat kuar balik..teringin nk g PCB..nk tgk sunset ala konon..huhu..sampai je sunset pe lg..sume dh tenggelam..hehe..erm..xsempat la pulok..kawan en.suami ajak mkn same..kitorg mkn kat restoran pe ntah...dkt2 dengan Wakaf Che Yeh..ok jugak..sebab mmg plan nk g Wakaf Che yeh tu..lepas makan g la sana..erm..jem..ramai org..mcm semut..kaki ku dh penat..mataku dh ngntuk..hanya sempat beli baju batik shj..kerana sudah xtahan..nk tidoooooooooooo...balik hotel dh pukul 1.30 a.m...balik mandi&solat, sempat berfacebooking jap..trus tido xingat dunia...

Sabtu (12 June 2010)
Bangun awal jugak..sblum pkul 7..nasib baik..kalo x terbabas subuh..huhu..trus siap2 g bekfes..lepas bekfes sambung tido..huhu..dlm kol 11 siap2 sbb nk trus check out..erm ...lepas check out g cari kepuk lekor...beli la skit..buah tangan utk org di kampung..lepas tu terus gerak g umah kenduri..kat umah kenduri sampai kol 3.30ptg..pengantin xsampai2..huhu..xlarat tgu dh..sbb nak balik Baling pulak..kalo bleh xnak sampai mlm di baling..kat sana pun ada kenduri kawan nani..huhu..3.30 gerak balik baling..huhu..jem...sbb traffic light je..jem panjang..sampai Baling pukul 8...walaupun dh pukul 8, ku gagahi jugak ke rumah kenduri..mengenangkan dia kawan aku dr sekolah rendah..

Di bawah adalah gambar2ku ketika di Kelantan...





















Sunday, June 6, 2010

Penat..

Baru sampai umah..
g mkn kenduri kat Bota Kanan, Perak..
ermmm..penat jugak rupanya..
sbb xpenah pegi tempat tu..huhu..

Tahniah Sha & Shu..
My hubby friend masa sekolah dulu..
Cantik baju ko td..
tp gambar xder..

Saturday, June 5, 2010

Suka dengan blog ini...

nani suka sgt blog ni..
byk sgt info yg berguna untuk bakal ibu yg bercadang untuk membreastfeed (betul ke?) babynya nanti..
nani bercadang mmg nk breastfeed secara exclusive..
kena kuat semangat nih..
kena g klas breastfeed..
owh..kat dlm blog ni bleh tgk tarikh utk klas breastfeed and register terus..
setakat ni mmg ni la blog yg dibuka ari2..

Friday, June 4, 2010

Dia datang...

Sapa yg dtg?...hehe..mood utk mengupdate blog..huh..lama tunggu..baru sekarang dtg..

Entah la..sejak preggy ni mmg mls sgt2 nk update..ari2 bukak..byk benda nk tulis..tp perasaan mls mengatasi segala-galanya..erm..akhirnya dtg jugak si mood ni..tima kasih mood..wawee...

Ok..sekarang usia kandungan nani dh 18minggu..esok masuk 19minggu..alhamdulillah..semuanya baik2 aja..cuma 3bulan pertama saja yg amat menyeksakan..alahan yg agak teruk..sampai xbleh pandang dapur langsung..kalo terpandang rasa cm nk nanges..huhu..xtau kenapa..muntah kuning xpayah ckp la..ari2 pahit tekak..minum air putih mesti loya..ari2 kena minum air manis yg berais..ermm..sabun mndi sebelum ni yg tiada masalah nani rasa sgt busuk sekali..terpaksa tukar sabun lain..ari2 mkn kat kedai nasi putih dengan sup..itulah mknan paling sedap di dunia rasanya..rumah mmg mcm tongkang pecah..xlarat nkk ngemas..rasa nk tido ja..balik kerja mesti flat..terus terbaring kat sofa..kain baju nasib baik en.suami yg tolong sasuh, jemur, iron..thanks b..sayang b..kdg2 sian kat en. suami..ari2 mkn luar..sampai kt kedai je mesti termenung lama..pk nk mkn pe..hurm..dh abeh kedai mkn kat kawasan ni kitorg pegi..

Tp tu sume cite masa nani trimester pertama..elok masuk je trimester kedua semua berubah..yg paling drastik sekali..huhu..ari2 nani masak..balik keje sampai je umah terus masuk dapur..pergh..kalo dulu masak paling mls..tp skang ni rasa nk tido kat dapur..hehe..rasa seronok sgt msk..xsedap pun nk masak jugak..hehe..walaupun drive 2jam nk sampai umah (kalo jln jem/ujan) kelam kabut masak jugak..en.suami ckp mkn kat kuar pun xpe..takut bini dia penat..hehe..hati tetap nk mkn hasil air tangan sendiri..mcm ari selasa ari tu, sampai umah dh pukul 7..agak penat..tp masak jugak..siap 3jenis lauk..asam pedas ikan kembung, bayam goreng,ikan kering..simple..erm..baju pun dah bleh iron..kalo dulu iron baju mesti termuntah..sekarang tidak lg..bleh terus iron baju nani & en.suami sekaligus untuk seminggu..

Minggu lepas check up masa 4 bulan..erm...xcited..doc ckp dh bleh nmpak jantina baby..kalo baby nk tunjuk la..erm..mmg jelas sekali baby xnk tunjuk..dia malu kot..masa scan tu posisi baby mcm tgh sujud..ermm..tgh solat dhuha kot..hehe..sbb time tu kol 10 lebih..mmg xnmpak la jantina dia..doc soh dia pusing pun dia xnk..angkat tangan je skit..erm..xpe..xkisah la boy ke girl..mintak sume sihat..dh nk masuk 19minggu tp nani still xdpt rasa pergerakan baby..doc ckp masuk 20minggu masti awak rasa..xsabar ni nk rasa..kadang2 ada jugak rasa mcm gas meletop kat dalam perot neh..tp xsure la plak rasa baby tendang ke?..ke perot aku neh byk angin?..hehe..

Sekarang ni mmg xbleh tgk brg baby..rasa nk beli..tp mak pesan jgn beli lg..kena tgu sampai tujuh bulan..hurm...sabor2..tp ari tu terbeli jugak romper..huhu..xtahan comel sgt..xpe..boleh hadiahkan kat baby sepupu nani..dia baru je bersalin 1/6 ari tu..dpt baby girl..tiut..cuma skang ni dok survey2 je la..rasa mcm baru je dok cari blog pasal kawen..hehe..tetiba ari ni dok cari blog pasal pregnancy, baby...huhu..cpt sungguh masa berlalu..

alamak..penat la plak membebel..huhu..lenkali la sambung lagi..hehe..


masa ni 8minggu..just nmpak kantung ngan heartbeat baby je..



nmpak pepe ke?...hehe..ni masa 12minggu..



Taraaa..yg dlm circle tu la kepala baby...



masa ni 17minggu..paham ke?..



di sini penerangannya...dlm circle merah tu kepala baby..hijau tu tulang belakang baby..biru tu peha baby..masa ni baby dlm keadaan bersujud..anak mama solat ek..

p/s: semoga semuanya selamat hingga ke akhirnya..

Tak baik marah2...

Astagfirullahalazim....
Tak baik marah2 nani..
Awak tu mengandung..
Ingat sikit..
Banyak2 bersabar..
Ingat baby kat dalam perot tu..
Banyak2 beristigfar..
Jgn stress2..
Cool down babeh...


Yeaaaa...dah berjaya pujuk hati dan perasaan..

Perasaan....

Terasa sangat sakit hati...
Rasa nak marah..
Rasa menyampah..
Rasa bengang..
Rasa nk sepak..
Rasa nk terajang..
Rasa nk lempang..
Rasa nk taboh..
Rasa nk cubit..
Rasa nk menjerittttttttttttt...
ARRRRRGGGGGGGHHHHHHHHH...
Lega sikit rasa..
Gila agaknya nani ni?..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...