Alhamdulillah..rasa lega sgt bila terjumpa blog ini..selalu rasa susah hati bila memikirkan tentang berat Aqeef..ramai sgt org tgur Aqeef kecik..tu yg menambahkan lg kerunsingan tu..huhu..tp bila baca entry dr blog IbuKauthar ni mmg lega rasa hati..time kasih ibukauthar sbb sudi kongsi ilmu dan pengalaman..
Kisah dr blog tersebut yg membuatkan nani rasa lega adalah seperti berikut:
- Seorang kawan saya (N) mempunyai seorang anak lelaki. N ialah seorang ibu muda yang menyusukan anaknya secara exclusive. Berat badan anaknya ketika usia anaknya 5 bulan hanyalah 4.5kg. Namun N tetap meneruskan penyusuan susuibu sambil meminta nasihat doktor mengenai kesihatan anaknya. Alhamdulillah pada hari ini anak N telah pun berusia hampir 2 tahun, masih menyusu dengan susuibu, sihat dan pintar.
- Seorang lagi kawan saya bernama S mempunyai 3 anak. Anak pertama dan kedua sempat menyusu dengan susuibu selama 2 bulan sahaja. Namun kedua-dua anaknya membesar sihat dan gebu geban. Atas tekad yang teguh, S berjaya menyusukan anak ketiganya secara exclusive. Anak S yang ketiga juga debab gebu chubby tembam seperti anak S yang sebelumnya.
- pertumbuhan fizikal bayi turut dipengaruhi faktor genetik. Kisah S membuktikan bahawa ketiga-tiga anaknya yang mempunyai sejarah penyusuan yang berbeza, turut membesar gebu dan tembam. S menjangkakan bahawa itu adalah faktor genetik, dan menyarankan agar ibu-ibu lain tidak membandingkan bayi mereka dengan bayinya dari segi ketembaman dan kegebuan.
- Anak yang tidak gebu bukan bermaksud ia tidak sihat atau susu ibu kurang khasiat. Buktinya dalam kisah N, anaknya terus menyusu walau berat badan amat rendah dan hari ini anak N tetap membesar seperti bayi lain seusianya yang sihat dan aktif. Malah anak N lebih tinggi berbanding kana-kanak yang sama umur dengannya.
kecik2 saye pun, ada jugak pipi seketul..hehe..kata Aqeef..
tgk kartun..
layan sembang ngn abah..
yea...kuar jalan2..
p/s: Ya Allah cukupkanlah susu ku untuk anakku..