Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Mereka mengikuti saya

Thursday, August 29, 2019

Creamy Aglio Olio Anak anak Suka..

Bila dah tak tahu nak masak apa, kita tukar selera. Selalunya bila Nani dah ketandusan idea nak masak lauk apa, Nani akan masak spagetti je.. 🤣 Sebab mudah dan anak anak konfem tak menolak..

Resepi ni Nani dapat dari junior sekolah dulu..dia kalau post masakan apa apa pun pasti nampak sungguh menyelerakan.

Aglio olio ni memang kegemaran anak anak Nani.. Sebungkus spagetti memang tak dapat la nak hulur hulur ke jiran. Sekali anak anak hadap settle semua.. 😁😁

Ok.. Nani share resepi. Nanti jangan lupa cuba tau..


Bahan2 spt dlm gambar ni.



CARA:
Panaskan olive oil + butter.. Masukkan udang.. Goreng dalam 3minit..angkat & ketepikan..

Dengan minyak yg sama, tumis bawang putih smpai naik bau.. Masukkan bawang besar masak smpai layu.. Masukkan carrot.. Masukkan 1 kiub ayam..
Masukkan air rebusan kulit udang..

Dah mendidih masukkan cooking cream.. Agak2 setengah kotak.. Masukkan mushroom..

Perasakan dgn garam.. Gaul2 tutup api

 Masukkan spagetti.. Ratakan

Hidangkan spagetti susun udang, daun parsley & tomato..
Taburkan parmesan cheese..

Ni versi untuk anak anak.. Tak pedas.. Kalau untuk mak mak dan ayah ayah boleh tabur chili flakes ye.. Baru menyengat..



Ok.. Boleh cuba ye kawan kawan..

Tuesday, August 27, 2019

2 Tahun Lepas..

Dua tahun lepas, bertarikh hari ni 27 September, tengah seronok layan sejuk penghujung musim sejuk di Melbourne..

Bagi nani Melbourne best sangat.. Memang akan repeat lagi insyaallah..

Masa ni kan, seluar pun nak terlondeh..tak tau la apa kaitan musim sejuk dengan seluar nak terlondeh.. Tapi memang betul.. Mungkin badan mengecut di musim sejuk.. 🤣 🤣 🤣

Merdeka!!!!

Bulan kemerdekaan..

Sudah terasa bahang nak menyambut hari merdeka bila order customer semua bertemakan bendera Malaysia..


Selepas 8 tahun

Bila nak mula semula menulis, rasa kekok.. 🤣 🤣 Maklumlah dah 8 tahun rupanya tinggalkan dunia blog ni..

Dalam masa 8 tahun, banyak sangat benda berlaku.. Dari bekerja sampai dah tak kerja sekarang ni.. Dari beranak satu sampai dah beranak tiga.. Dari duduk rumah bertangga tangga sampai dah duduk rumah atas tanah dan berpagar.. 😂😂

Tak tahu kenapa perasaan nak aktif blog semula membuak buak.. Jadi kita cuvalah menulis semula..

Monday, August 26, 2019

Rindu nak berblog..

Ya Allah.. Rasa rinduu sangat nak berblog.. Last post tahun 2012 rasanya.. 😅😅

Zaman tu zaman anak seorang.. Sekarang ni dah 3 orang anak dah..

Bila dah ada socmed, blog semakin dilupakan..

Tapi ikhlas cakap, feeling blog tak sama dengan yang kita post di socmed..

Ok lah...saja testing je ni..

😘😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...