Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Mereka mengikuti saya

Friday, January 14, 2011

Lega rasanya.....

Alhamdulillah..rasa lega sgt bila terjumpa blog ini..selalu rasa susah hati bila memikirkan tentang berat Aqeef..ramai sgt org tgur Aqeef kecik..tu yg menambahkan lg kerunsingan tu..huhu..tp bila baca entry dr blog IbuKauthar ni mmg lega rasa hati..time kasih ibukauthar sbb sudi kongsi ilmu dan pengalaman..

Kisah dr blog tersebut yg membuatkan nani rasa lega adalah seperti berikut:
  • Seorang kawan saya (N) mempunyai seorang anak lelaki. N ialah seorang ibu muda yang menyusukan anaknya secara exclusive. Berat badan anaknya ketika usia anaknya 5 bulan hanyalah 4.5kg. Namun N tetap meneruskan penyusuan susuibu sambil meminta nasihat doktor mengenai kesihatan anaknya. Alhamdulillah pada hari ini anak N telah pun berusia hampir 2 tahun, masih menyusu dengan susuibu, sihat dan pintar.
  • Seorang lagi kawan saya bernama S mempunyai 3 anak. Anak pertama dan kedua sempat menyusu dengan susuibu selama 2 bulan sahaja. Namun kedua-dua anaknya membesar sihat dan gebu geban. Atas tekad yang teguh, S berjaya menyusukan anak ketiganya secara exclusive. Anak S yang ketiga juga debab gebu chubby tembam seperti anak S yang sebelumnya.
Jd sebagai konklusinya di sini,
  1. pertumbuhan fizikal bayi turut dipengaruhi faktor genetik. Kisah S membuktikan bahawa ketiga-tiga anaknya yang mempunyai sejarah penyusuan yang berbeza, turut membesar gebu dan tembam. S menjangkakan bahawa itu adalah faktor genetik, dan menyarankan agar ibu-ibu lain tidak membandingkan bayi mereka dengan bayinya dari segi ketembaman dan kegebuan.
  2. Anak yang tidak gebu bukan bermaksud ia tidak sihat atau susu ibu kurang khasiat. Buktinya dalam kisah N, anaknya terus menyusu walau berat badan amat rendah dan hari ini anak N tetap membesar seperti bayi lain seusianya yang sihat dan aktif. Malah anak N lebih tinggi berbanding kana-kanak yang sama umur dengannya.
Ya..kisah inilah yg membuatkan rasa rasa sgt bersyukur kerana masih lg teguh dgn keazaman untuk memberi yg terbaik utk chinta hatiku..Muhammad Aqeef..susu ibu is the best milk in the world..


kecik2 saye pun, ada jugak pipi seketul..hehe..kata Aqeef..


tgk kartun..


layan sembang ngn abah..


yea...kuar jalan2..

p/s: Ya Allah cukupkanlah susu ku untuk anakku..

5 comments:

  1. aku elina ni...wei,jgnla mcm ni..sedih aku bc entry ang kali ni...ang dah ke arah nak putus asa dah ni...persetankan apa org nak kata nani...yg penting anak ang sihat..ang dah usaha,berdoa,selebihnya serah padaNya.Insyaallah nani...kecik lg senang nak jaga,pendek kata ang xjemu bela dia..klu cepat besaq nnt rs xpuas jg baby...teruja aku tgk anak ang..rs nak pregnant plak..tp aku dah cek,1 line ja...:-(

    ReplyDelete
  2. elina...xkan ku sekali2 mengalah..akan ku usahakan..Insyaallah aku dh lama niat nk bf sampai 2taun..sejak pregnant lg dh pasang niat..jgn sedih elina..usaha lg..hehe..

    ReplyDelete
  3. Jangan risau Nani. Zahin pun kecik je masa 1-2 bulan. 3 bln ni br naik byk skit. Asalkan baby sehat, itu yg penting. Gebu pun kalau overweight/obese tak bagus jugak. Leh tgk carta pertumbuhan baby yang menyusu badan kat sini: http://nadxoxo.blogspot.com/2010/11/bagaiman-nak-tahu-bayi-dapat-cukup-susu.html

    ReplyDelete
  4. Btw Aqeef tomey mata bulat! Kalau ada kesempatan kita jumpa k :)

    ReplyDelete
  5. Thanks nad..bila org ramai dok tegur tu yg sakit ati..tu la, asalkan sihat sudah..xbambam pun xpe..kang xlarat nk dukung plak..hehe..xtau la mata ikut sapa..mama ngn abah dia mata kecik je..dok tgk blog nad slalu kot..berkenan kat mata nad..hehe..k..ada rezeki nnt kita jumpa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...